Tuesday, March 9, 2010

Tragedi An-Naksah Lengkapi Penaklukan Israel

palestine16

EMPAT puluh dua tahun lalu, pada tarikh ini, satu peristiwa bersejarah berlaku kepada dunia Islam. Tanggal 5 Jun 1967 menyaksikan Israel melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas Republik Arab Bersatu (Mesir), Jordan dan Syria secara serentak.

Peperangan yang dikenali dalam sejarah konflik Asia Barat sebagai "Perang Enam Hari" itu berakhir pada 10 Jun 1967.

Dalam tempoh itu, Israel berjaya menewaskan tiga negara Arab walaupun negaranegara itu turut dibantu oleh Arab Saudi, Iraq, Algeria, Tunisia, Sudan, Somalia, Maghribi, Mauritania, Yemen, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Qatar dengan membekalkan askar dan kelengkapan tentera.

Mesir menerima pukulan paling dahsyat apabila lebih 10,000 askarnya terkorban. Angkatan udaranya musnah sama sekali apabila kira-kira 300 jet pejuangnya diranapkan oleh tentera Israel dalam serangan mengejut.

Apabila serangan berakhir, Israel menguasai Tebing Barat, Genting Gaza, Baitulmaqdis Timur, Tanah Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai. Dalam serangan itulah Masjid Al-Aqsa ditawan, sehinggalah ke hari ini.

Kekalahan besar yang amat memalukan seluruh dunia Arab dan Islam itu diperingati sebagai "Hari An-Naksah" (Hari Kekalahan). Ia adalah tragedi besar kedua menimpa umat Islam dan dunia Arab khususnya.

Pertama ialah "Hari An-Nakbah" (Malapetaka) yang berlaku pada 15 Mei 1948. Peristiwa itu membawa kepada penubuhan negara Israel di atas 77 peratus tanah Palestin yang dirampas. Peristiwa An-Nakbah dikaitkan dengan pengusiran 800,000 rakyat Palestin yang kini menjadi pelarian di Syria, Jordan, Lubnan dan Mesir (Gaza).

An-Naksah pula melengkapkan penaklukan Israel ke atas keseluruhan tanah Palestin dan status qou itu berterusan sehingga kini.

Mesir semasa era Presiden Anwar Sadat berjaya membuat kejutan dengan menyerang kedudukan tentera Israel di Semenanjung Sinai dalam "Perang Oktober 1973" atau "Perang Ramadhan". Kemenangan Mesir bagaimanapun tidak dapat disempurnakan apabila AS campur tangan dan satu gencatan senjata dilaksanakan.

Pertimbangan politik oleh Mesir itu akhirnya membuka laluan kepada termeterainya perjanjian damai Mesir-Israel 1978. Perjanjian damai Camp David itu mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir.

Namun harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza berterusan. Perjanjian itu menyaksikan Mesir mengiktiraf Israel dan bertanggungjawab menjamin keselamatan entiti Israel terutama di Genting Gaza.

Jika laluan di Rafah ditutup sehingga rakyat Gaza yang cedera dalam serangan akhir tahun lalu dan awal tahun ini tidak dibenarkan menyeberang untuk mendapat rawatan di Mesir, ia adalah kesan daripada 'perjanjian damai Mesir-Israel pada 1978 itu.

Apakah reaksi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Seperti yang dijangka, PBB bersidang dan meluluskan Resolusi 242 yang mengkehendaki Israel berundur ke garisan hijau yang diputuskan oleh Perjanjian Rhodes pada 1949.

Ini bermakna Israel perlu keluar dari semua wilayah yang didudukinya pada Jun 1967. Pendudukan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur adalah pendudukan haram. Bagaimanapun Israel tidak mempedulikan resolusi tersebut dan juga resolusi-resolusi lain.

Bagi Israel, PBB adalah sebuah pertubuhan yang "tidak berkuku dan bertaring". Ia berasa kuat selagi AS berada di sampingnya.

Hari An-Naksah juga menandakan tarikh Masjid Al-Aqsa ditawan oleh tentera Zionis. Sejak itu, ia terdedah kepada ancaman dan perbuatan keji Zionis. Ia termasuk peristiwa masjid itu dibakar pada 21 September 1969 yang diingati sebagai "Hari Al-Quds" setiap tahun.

Zionis juga menggali terowong-terowong rahsia di bawah masjid itu bertujuan melemahkan tapaknya. Kumpulan ekstremis Zionis turut merancang merobohkan masjid itu dan mendirikan synagogue (kuil) yang mereka namakan Haikal Sulaiman.

Pada September 2000, lebih 1,000 askar Israel memasuki kawasan masjid untuk membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam. Peristiwa biadap itu mencetuskan "Intifada".

Selain itu, rejim Zionis juga melaksanakan agenda me-Yahudikan kawasan masjid itu dan Baitulmaqdis Timur. Rumah-rumah penduduk Palestin dirobohkan, tanah mereka dirampas, mereka diusir dan status pemastautin mereka dibatalkan.

Israel kemudian membina unit-unit apartmen dan perumahan eksklusif untuk pendatang haram Yahudi di situ.

Pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat yang kini menjangkau 800 kilometer panjang membuktikan usaha Israel mengepung rakyat Palestin dan menyukarkan mereka menziarahi Masjid Al-Aqsa. Inilah jenayah yang terus menjadi agenda Israel di Palestin.

Hari ini Israel terus berdolak-dalik dengan penyelesaian dua negara (two-state solution). Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu tanpa rasa bersalah menolak penyelesaian dua negara itu dan juga usaha mewujudkan negara Palestin.

Sikap itu diambil meskipun semua perjanjian damai yang ditandatangani bersama Fatah sejak Perjanjian Oslo 1990 berdasarkan kepada Resolusi 242 yang diluluskan pada 1967.

Jika inilah pendirian yang dipertahankan oleh Israel, apakah dunia masih meletakkan harapan kepada "penyelesaian dua negara" itu?

Mungkin sudah tiba masanya dunia menimbang formula yang ditawarkan oleh Hamas iaitu Israel berundur dari wilayah yang didudukinya sejak 1967, menghentikan kepungan ke atas Gaza dan membentuk gencatan senjata jangka panjang tanpa perlu Palestin mengiktiraf kewujudan Israel.

Namun bersediakah Israel mengiktiraf negara Palestin? Hakikatnya mereka adalah perampas tanah Palestin dan kewujudan Israel di atas tanah yang dirampas sejak 1948 itu adalah kewujudan haram.

Maka pilihan yang terbaik ialah akur kepada Resolusi 242 dan mana-mana resolusi yang berkaitan seperti Resolusi 338. Kemudian bersetuju dengan gencatan senjata panjang.

Sekurang-kurangnya keamanan ke atas wilayah bergolak itu dapat diwujudkan buat sementara waktu sehingga masyarakat antarabangsa mencari ruang kepada pelaksanaan pelan penyelesaian yang berkekalan.


PENULIS ialah Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)
Oleh DR. HAFIDZI MOHD. NOOR Dipetik dari Utusan Malaysia

Monday, March 8, 2010

Protokol ke 10 Yahudi

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara... .

1.. Song... ..Lagu-lagu yang menghiburkan... .
Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Indonesia yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah... .tapi boleh mengingati lagu Elyana yang panjangnya berdepa depa... ..berjaya sudah Yahudi... .Hingga kita terfikir... ..bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ..Sex... ..Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua... Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah... ...

3. ..Smoke... .Rokok..menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja... .ataupun penari kabaret... .
( aku tengok dari filem P Ramlee )... .Syabas yahudi... berjaya lagi kamu... .

4. .Sport... .pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss... .bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... .Kalau menonton dirumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL... .
Yahudi gol lagi... ... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..sembahyang boleh tangguh... Mashaallah,..

5. .. Fun... hiburan... dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan... .Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert... .sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert... .pelbagai maksiat akan diselit masuk... .
Yahudi terhibur lagi... .

6... . Female... .Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta... .dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi... ..

7... Fashion... .Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat... .Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan... .Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut di warnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...
Yahudi ketawa lagi... .Umat islam sudah jadi macam Yahudi... .

8. .. Food..Makanan... lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MC D, Kentucky, Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina... .masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika... .siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah... ..

Itu baru protokol yang ke 10... ... yang lain-lain entah macam-macam lagi....renung-renungkanlah kadang2 kita x sedari tindakan kita ini kembalilah ke pangkal jalan bagi yang telah melakukan kesilapan....sudah fitrah manusia kadang2 imannya di tahap yg tinggi tatkala itu semua dugaan yg dtg dpt d tepis semahu2nya..tetapi tatkala iman kita senipis kulit bwg maka terikut2lah kita dgn propaganda yahudi tnpa kita sedari...muhasabah lah diri kita dan bertaubatlah kerana rahmat kasih Tuhan itu meluas tidak bertepi....

Kes rogol kini menjadi-jadi

LAPORAN kes rogol bergilir-gilir kelihatannya, semakin menjadi-jadi dan membimbangkan kebelakangan ini. Selaklah akhbar-akhbar, dengarlah berita di corong radio, atau tontonlah televisyen, pasti kita akan menemukan berita 'panas' dan menyedihkan seperti ini. Kelihatannya, maruah anak gadis hari ini sangat murah harganya, lantaran begitu mudah diratah-ratah oleh golongan lelaki bernafsu binatang.

Penulis rasa begitu tersentuh hati dan sedih membaca laporan Utusan Malaysia semalam bahawa seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 15 lelaki di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, kelmarin.

Nauzubillah! Penulis yakin bukan sahaja penulis, bahkan semua orang akan berdoa agar tidak berlaku perkara yang sama terhadap zuriat dan keluarga sendiri.

Jika diamati kronologi kebanyakan kes sebegini, terdapat banyak punca yang perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak. Antaranya faktor kepercayaan dan kebebasan tanpa batasan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Kononnya generasi zaman sekarang tidak boleh dikongkong dan perlu diberi ruang memilih jalan hidup sendiri. Maka, anak-anak diberikan 'lampu hijau' untuk bercampur-gaul dengan golongan rakan yang disenangi mereka. Akibatnya, anak-anak ini tersalah memilih rakan-rakan.

Sikap ingin mencuba perkara negatif di kalangan anak remaja selalunya membawa padah. Mereka terdorong untuk mencuba sesuatu yang nampak menyeronokkan sambil bergaul bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan buruk hasil sikap suka mencuba itu. Dalam kes rogol beramai-ramai ini, remaja lelaki kelihatan lebih 'berani' melakukan perkara negatif dan jenayah apabila berada dalam kumpulan rakan-rakan yang ramai.

Selain itu, wujud juga faktor 'kerelaan' anak gadis dalam perlakuan seks bebas dengan rakan-rakan. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bermula dengan aksi ringan yang kemudian mengundang kepada aktiviti seks yang lebih menyeronokkan pada mata kepala mereka. Akhirnya, mereka tumpas menjadi 'lauk' mangsa rogol teman lelaki sendiri dan rakan-rakannya.

Pengaruh gaya hidup bersosial yang terlalu terbuka seperti yang dipaparkan di Internet dan media massa banyak mempengaruhi keperibadian dan pemikiran anak remaja kini. Berpeleseran, pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan, gaya hidup mewah dan menunjuk-nunjuk, kesemua ini adalah paparan gaya hidup yang kononnya menepati trend kehidupan yang didahagai remaja masa kini.

Begitu juga sumber bahan lucah terlalu mengujakan buat anak remaja yang begitu mudah diperoleh di Internet atau di sesetengah kedai telekomunikasi. Semua ini berupaya menjadi perangsang nafsu dan mendorong mereka mencari teman dan mangsa untuk melampiaskan nafsu seksual yang membuak-buak hasil dorongan bahan lucah tersebut.

Usia remaja belasan tahun adalah peringkat remaja melalui transformasi fizikal, tahap kematangan fikiran dan bertingkah laku ke arah kedewasaan. Namun dalam masa yang sama, mentaliti dan gaya 'kanak-kanak' itu masih juga wujud dalam diri mereka. Dalam hal ini, mereka sentiasa bereksperimen dan berkonflik dengan diri sendiri untuk memilih dan menentukan jenis dan cara gaya hidup yang ingin dibentuk. Ada kalanya langkah mereka tepat, tetapi selalu juga ia tersasar daripada batasan yang digariskan oleh agama dan budaya.

Andai anak-anak ini pernah tersilap langkah, maka sebagai ibu bapa dan keluarga, sokongan moral yang padu perlulah diberikan supaya mereka tidak rasa tersisih dengan kesilapan yang dibuat. Jangan mudah menghukum mereka tanpa kompromi dan terburu-buru.

Sebagai ibu bapa, anak remaja sememangnya perlu diberikan kebebasan, tetapi toleransi yang diberi perlu mempunyai batasan yang jelas dan tegas berasaskan prinsip keagamaan, moral dan kebudayaan. Tidak salah untuk anak-anak bersahabat, tetapi kita sebagai ibu bapa berperanan besar dalam membimbing anak-anak untuk memilih sahabat mereka yang tepat.

Masyarakat sekeliling juga berperanan sebagai ejen pelengkap dalam mencegah berlakunya masalah sosial di kalangan remaja. Tegur dan cegah jika mampu andai kita terlihat perilaku anak remaja yang kelihatannya menyimpang. Atau sekiranya tidak mampu melakukannya sendiri, laporkanlah kepada pihak yang sewajarnya seperti polis.

Secara spesifik, langkah perawatan sewajarnya perlu bagi golongan remaja yang telah menjadi mangsa dalam kes rogol beramai-ramai ini. Remaja seperti ini wajar diberikan rawatan pemulihan, bimbingan kerohanian dan kaunseling supaya mereka dapat mengatasi trauma dan tekanan jangka panjang yang dilaluinya. Ia menunjukkan bahawa masih ada sokongan padu diberikan oleh keluarga dan institusi kemasyarakatan di sekeliling mereka walaupun mereka pernah tersilap langkah atau menjadi mangsa tanpa kerelaan.

Bagi mereka yang bersalah seperti perogol beramai-ramai yang tidak berperikemanusiaan ini perlu dihukum melalui saluran perundangan sebagai balasan setimpal atas sifat dan nafsu kebinatangan mereka. Seterusnya, menjadi pengajaran berguna kepada mereka dan pihak-pihak lain agar tidak sewenang-wenangnya melakukan kejahatan dan merosakkan kehidupan orang lain yang tidak berdosa.

Sebagai peringatan kepada perogol yang masih tidak sedarkan diri dan semua remaja, ingatlah setiap sesuatu yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya kelak. Andai baik amalan yang kita lakukan maka baiklah balasan yang akan kita terima, begitu juga sebaliknya. Itulah janji Allah SWT kepada kita sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) , dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula." (surah al-Zalzalah, ayat 7-8).


KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM