_____________________________________________________________________________________
DAURAH JIM SPT IPT : SHIFT YOUR PARADIGM
Tempat : Dewan VIP, Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), Pulau Pinang
Masa : 08.30 am - 01.30 pm
Tarikh : 04 April 2010


Program ini telah berlangsung di JMTI. Seramai lebih kurang 50 orang peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi telah menghadiri program ini. Penceramah untuk pengisian program di undang khas dari Penang Medical College (PMC). Mukadimah program telah dimulakan oleh Ustaz Syazalie Hirman bin Ahmad Najib dan disambung oleh Akhi Irfan dari PMC. Beliau berkongsi 2 buah hadis yang dikenali sebagai hadis FAHAM dan hadis LOGAM. Beliau juga mengingatkan semula tujuan manusia dijadikan adalah sebagai hamba dan pengganti (Khalifah) Allah dimuka bumi ini. Kemudian bermulanya slot 1 iaitu Ini Sejarah Kita (ISK) yang telah diisi oleh Akhi Sirri. Slot ini menerangkan dari awalan permulaan islam iaitu mula Rasulullah dilantik menjadi rasul hingga kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Slot ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Masa rehat dan sarapan pagi bermula. Peserta diberi roti dan air mineral sebagai sarapan pagi. Ada yang mengisi masa rehat ini dengan solat dhuha. Kemudian slot 2 disambung kembali oleh Akhi Irfan. Slot ini dikenali sebagai Ini Peranan Kita (IPK). Slot ini adalah lanjutan daripada slot yang pertama tadi. Beliau menunjukkan cara bagaimana hendak menaikkan semula Khilafah Islamiyyah tersebut. Salah satunya adalah daripada usrah sebagai pembinanan diri. Kemudian kami diberi borang Mutabaah Amal oleh JIM SPT untuk dinilai tahap kami. Program daurah ini tamat dan peserta diberi makan tengahari.
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
IFTAR JAMAIE
Tempat : Pusat Islam, UiTM Pulau Pinang, Pulau Pinang
Masa : 06.30 pm - 08.30 pm
Tarikh : 12 April 2010

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
HIMMAH 2 : HIMPUNAN UMMAH SELAMATKAN GAZA 2
Tempat : Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang
Masa : 06.00 pm - 12.00 pm
Tarikh : 17 april 2010
_____________________________________________________________________________________