Tuesday, April 13, 2010

KANADA - Pelajar Berpurdah Dihalau dari Kelas

Ilustrasi

Sumber media pada hari Isnin lepas (12/4) mengungkapkan bahawa salah satu sekolah Kanada telah mengeluarkan seorang mahasiswi muslim dari ruang kelas yang sedang mempelajari bahasa Perancis, dengan alasan kerana mahasiswi itu mengenakan purdah.

Majalah "Globe and Mail" melaporkan, Aisha seorang mahasiswi Muslim berusia 25 tahun, terpaksa diusir dari ruang kelas kerana muslimah itu mengenakan purdah dan tidak mahu melepaskannya di dalam kelas.

Mahasiswa yang bernama Aisha tersebut merasa sangat kecewa atas pengusiran itu, dia berkata: "Saya merasa sangat sedih, saya sangat suka belajar bahasa Perancis, seperti saya mencintai sekolah ini, yang saya anggap sebagai rumah kedua bagiku, tetapi mengenakan purdah bagi saya adalah prinsip, saya tidak akan rela jika ada orang meminta saya untuk melepaskannya."

Berita pengusiran Aisha dari ruang kelas telah menyebabkan kemarahan di kalangan rakan-rakannya, salah seorang rakannya yang bernama Rachna Abreaul mengatakan: "Kami tidak terima dengan keputusan pengusiran terhadap Aishah, dan kami semua menginginkan dia kembali ke ruang kelas, kembali berkumpul belajar bersama kami semua, kami semua dan Aishah sangat menyukai pelajaran bahasa Perancis."

Mengacu pada kes pengusiran mahasiswi bercadar di Kanada, maka Aishah adalah korban kedua yang terpaksa diusir dari ruang kelas di provinsi Quebec, sebelumnya seorang mahasiswi muslim asal Mesir telah dikeluarkan dari kelas pada bulan lalu kerana mengenakan cadar/ purdah.

Sebelumnya, pemerintah daerah Quebec Kanada telah mengeluarkan sebuah rancangan undang-undang baru yang melarang wanita bercadar melakukan transaksi di pejabat-pejabat pemerintah mahuapun di layanan-layanan umum.


sumber

HIM MAH 2 : Himpunan Ummah Selamatkan GAZA


HIM MAH 2 : Himpunan Ummah Selamatkan GAZA

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Waktu : 7.00-11.00 malam
Tempat : Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

Aktiviti
-Solat Hajat (sila bawa sejadah sendiri)

-Tayangan Video Keadaan di GAZA

-Ceramah khas
: Ust Hj Abdul Mutalib bin Maarof
(Mudir Madrasah An-Nahdoh)
: Cikgu Azmi bin Abdul Hamid
(Pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu)
: Tuan Hj Norazman bin Mohd Samsuddin
(Pengerusi HALUAN Palestin)

-Pelancaran Kempen Sumbangan RM10 sebulan untuk GAZA
(SS Dato Hj Hassan bin HJj Ahmad, Mufti Pulau Pinang)

-Persembahan nasyid oleh UNIC

Dianjurkan oleh

Jabatan Mufti Pulau Pinang
Forum Penyelerasan Ummah Pulau Pinang
JIM Pulau Pinang
ABIM
PUM Pulau Pinang
HALUAN Pulau Pinang
TERAS
IPSI Pulau Pinang
Angkatan Pemuda Pemudi Islam
YMSC
Komuniti Suara Kehidupan

Saturday, April 3, 2010

375 Kanak-kanak PALESTIN Dipenjara Israel


Anak-anak Palestin sering menjadi sasaran penangkapan rejim Zionis Israel. Saat ini, menurut Menteri Sosial Palestin, Majidah Al-Masri, terdapat 423 orang kanak-kanak Palestin yang berada di dalam penjara-penjara Israel. Mereka hidup dalam keadaan yang menyedihkan, mengalami tekanan psikologi dan menjadi korban penganiayaan para warden penjara Israel.

Al-Masri mengungkapkan hal tersebut dalam keterangan persnya di Ramallah dalam rangka peringatan 20 tahun Konvensi Hak Anak PBB. Pada kesempatan itu, Al-Masri juga menyampaikan keadaan anak-anak di Gaza yang terpaksa berjuang mempertahankan hidupnya akibat sekatan dan agresi yang dilakukan rejim Zionis Israel. Begitu pula anak-anak Palestin di Tebing Barat yang setiap hari terancam oleh tindakan keji pemukim maupun aparat keamanan Israel.

"Anak-anak di Tebing Barat tidak mendapatkan kehidupan yang aman akibat tindakan yudaisasi Israel," kata Al-Masri.

Terkait anak-anak Palestin yang berada di penjara Israel, organisasi Defense for Children International juga menyatakan bahawa Israel telah melakukan pelanggaran hak anak kerana telah memenjarakan anak-anak dan memperlakukan mereka dengan tidak manusiawi.

Padahal konvensi hak anak PBB menegaskan bahawa memenjarakan anak-anak sebagai dilakukan sebagai "upaya yang paling akhir dilakukan dan anak-anak yang terpaksa dipenjarakan mesti segera dibebaskan kembali."

Menurut Defense for Children International, saat ini terdapat 375 anak-anak Palestin berusia antara 12 sampai 18 tahun di penjara-penjara Israel. Anak-anak tersebut kebanyakan ditangkap kerana melempari tentera-tentera Israel dengan batu. Anak-anak itu ditutup matanya saat ditangkap, diinterogasi dan disumbatkan ke penjara yang berada di luar wilayah pendudukan Israel sehingga keluarga mereka tidak dibenarkan menjenguk kerana Israel membatasi warga Palestin yang masuk ke wilayah Israel.

Sementara itu, Jurucakap Save The Children Foundation di Palestina, Iyad Al-Aaraj menyatakan, 1.9 juta anak-anak Palestin menyaksikan berbagai kekejaman yang dilakukan Israel terhadap warga Palestin. Bagi Israel, remaja Palestin yang usianya di atas 16 tahun sudah dianggap sebagai orang dewasa sehingga Israel memperlakukan mereka seperti layaknya orang dewasa, terutama dalam proses pengadilan.

Al-Aaraj menambahkan, saat melakukan operasi militer rutin, tentera-tentera Israel mengincar warga Palestin usia 15 sampai 45 tahun untuk ditangkap dan diinterogasi.


sumber

PALESTIN: 3 kanak-kanak cedera serangan jet Zionis

GAZA CITY 2 April - Tiga kanak-kanak Palestin cedera terkena serpihan kaca apabila jet-jet pejuang F16 Israel melancarkan enam serangan ke atas Genting Gaza malam tadi.

Kanak-kanak yang berusia dua, empat dan 11 tahun itu terkena serpihan kaca berterbangan dalam serangan ke atas kedudukan di daerah Sabra, barat bandar ini, kata ketua perkhidmatan kecemasan Palestin di Gaza, Moawiya Hassanein hari ini.

Serangan udara itu menyusuli beberapa serangan roket pejuang Palestin dari Gaza ke selatan Israel, termasuk sebuah roket yang mendarat di pekan Ashkelon malam tadi, menyebabkan kerosakan kecil tetapi tiada kemalangan jiwa, lapor tentera Israel.

Israel hari ini mengancam untuk melancarkan operasi tentera besar-besaran ke atas Genting Gaza jika pejuang Palestin tidak menghentikan serangan roket.

Tiga serangan udara Israel malam tadi ditujukan terhadap sebuah kawasan ke barat Khan Younis, selatan Gaza. Dua daripadanya mengenai pos pengawal sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam.

Serangan keempat memusnahkan sebuah bengkel di kem pelarian Nusseirat, tengah Gaza.

Dalam dua serangan lain, jet pejuang Israel membedil kedudukan di barat Gaza City, memusnahkan sebuah kilang tenusu di daerah Sabra, kata saksi.

Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza sejak beberapa minggu lalu, bagi membalas serangan roket ke Israel oleh pejuang Palestin yang berpangkalan di Gaza.

Pejuang Palestin melancarkan lebih 40 roket atau mortar ke Israel sejak awal tahun ini, hampir 20 daripadanya pada bulan lepas, menurut angka tentera Israel.

Baru-baru ini, askar Israel turut bertempur dengan pejuang Palestin di kawasan sempadan.

Seorang remaja Palestin terbunuh pada Selasa lalu dan beberapa lagi cedera apabila askar Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dekat sempadan Gaza.

Insiden itu berlaku ketika penduduk Arab Israel dan Palestin memperingati 'Hari Tanah', peristiwa enam penduduk Arab dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel semasa protes membantah rampasan tanah pada 1976. - AFP


sumber